I found these pictures from fototeacher.com. Its a pretty neat blog in the malay language.
He's got some tips for portrait photography.
- Ekspresi wajah dan pose yang natural.
Ini bukan perkara mudah untuk dicapai. Perlu banyak latihan. Dalam gambar di atas, saya telah ‘membiasakan’ diri saya dengan subjek sejak beliau mula mekap. Ini untuk memastikan subjek tidak malu dan kekok dengan kita. Gambar di atas dipilih dari ratusan gambar potret yang dirakam untuk subjek ini sahaja. Untuk pose ini sahaja, di tempat yang sama, saya merakam lebih dari 30 keping gambar. Ini adalah gambar yang terbaik yang dipilih. - Pencahayaan yang baik
Untuk dapatkan pencahayaan lembut dan sekata seperti gambar di atas, saya menggunakan satu unit flash yang dipantulkan ke syiling dan satu reflector yang diletakkan di hadapan subjek untuk mengurangkan lagi bayang yang ada. - Latarbelakang yang baik
Saya suka gunakan latar belakang yang plain dan tidak berserabut dalam merakam gambar potret. Latar belakang yang sebegini boleh menyerlahkan lagi subjek yang dirakam. Saya menggunakan lensa telephoto dengan penggunaan aperture yang besar untuk dapatkan kesan shallow depth of field. Ini untuk menjadikan hanya subjek sahaja yang tajam dalam gambar, manakala latar belakang menjadi kabur.
Hasnuddin
0 Comments:
Post a Comment